// The Diary
Homepage Me Tutorials Affiliates

Tuan Tanah


Ameerah Tasleem binti Ahmad Rahimi
19 years old
Dream to be young always >.<
Be nice and don't mess up with me
Wanna be a responsible daughter and zaujah :)


Salam Perkenalan


Press once only
Exchange links are accepted :)
Do leave your link
No anons
Ads are prohibited
No harsh words


Credits

Template & Skin by : Husnaa
Credit also to : Wani | WHI | C4U | Una | Iqa | Lyene | Tieqa

Them

I'm Graduating from CFS!!
Monday, 17 October 2016 | 11:08

well the title itself describe my entry.. apa aku nak buat sepanjang cuti ni agaknya? entah aku pun taktau.. well for the time being, i'm gonna kill time helping my parents kt kantin jelah.. bila lagi nak kumpul bekalan akhirat.. haktuih hahaha

just want to highlight again that i'm officially free from the cfs.. tapi apa benda jernih kat mata aku ni? eh tak, aku tak nangis (huwaaaaaaa!!)

throughout setahun setengah melalui cfs, i go through everything.. what i learnt the most is, you can never trust people easily.. sebab manusia sifatnya pendengki.. tak boleh tengok orang lain lebih sikit.. however, aku bukannya jenis yang kisah sangat pasal orang.. i had let it go actually.. dear haters kalau tengah baca ni, i'm happy sebab korang bagi pahala banyak sangat kt aku.. and i'm happy because of you guys sebab i'm being a better me because u guys.. u guys dah jadi yg lebih baik dari sebelum ni ke belum? kalau belum, taubat la eh. huhuhu

okey, just want to share that sepanjang cfs, aku juga belajar manage time wisely.. jadual aku quite packed actually.. sebab aku tak exit english sejak awal.. aku start dgn belajar english level 4 which have total contact hour of 16 hours per week.. (bernafas je aku mampu)
but then, aku masuk banyak sangat society sebab senior aku suruh.. well, finally i realised that when u have a lot of things to do, u'll not kill your time watching k dramas, running man and everything.. study pun x kelaut.. sebab tahu, masa sangat limited..

cakap pasal society, aku join abs (academic based society) utk course aku which is econs society, hisbah representative council, perkim, dan bsc (biah solehah campaign)

what i should say is, i enjoy the most in perkim and bsc. aku masuk perkim at first sebab kawan aku je. dia assistant head utk one of the bureau in perkim. jadi dia paksa aku join. so, aku ni tak reti cakap tak kt kawan. jadi aku join jelah even aku tahu mmg jadual aku akan packed gila. tapi aku tak menyesal! the first activity and the last for perkim i joined in cfs is the best. kmi kna buat bubur lambuk dan distribute ke brothers and sisters cfs. asal planning habis tengahari sebab petang dah nak distribute. tapi disebabkan silap faham pasal kawah, bubur tak masak-masak sampai la malam baru habis masak. tapi apa yang aku dapat is, ukhuwah. sepanjang hari bersama mereka yang sangat supportive, yg sangat gigih kacau bubur sejak pagi. and i couldn't express how contented i am throughout the day.

utk bsc pulak, sebab apa aku suka society tu, mungkin sebab society tu sendiri brtujuan utk sebarkan dakwah di cfs, i only met the good one in that society. sebelum ni bila dikatakan berkasih kerana Allah itu manis, aku tak dapat bayangkan, manis sangat ke? tapi once aku dah rasa, YES! sangat manis perasaan dia. dan aku sampai sekarang masih rindu bekerja dengan mereka. apa yg aku masih ingat sampai sekarang, waktu ucapan terakhir dari presiden, dia cakap "Semoga kita berjumpa lagi di syurga". aku tersentuh sampai harini sebab ayat tu. insha Allah, kita jumpa di syurga ye semua. tarik aku ke syurga sekali :')

that's all celoteh aku lepas setahun tak update blog.. setahun lagi pulak la baru aku update.. happy holiday semua!


Econs CFSIIUM
Wednesday, 21 October 2015 | 12:53

akhirnya lepas setahun menyepi, aku teringin buat entry baru. bukan sebab sibuk sangat tapi sebab malas. hewhew

so entry kali ni just nak share pasal studies aku di UIA. aku ialah pelajar econs. jadi aku ni kira beruntung jugak la sebab dk kampus gombak even cfs. since aku baru je satu sem dk situ, byk benda lagi aku taktau.

CFSIIUM tu singkatan utk Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia. since aku dari sekolah agama, so ramai la kawan dari sekolah aku yg dpt situ jugak. sbb kalau pernah duduk sekolah agama, mesti nak kekal duduk kawasan yg agama gitu. so, sebelum masuk tu senior aku ada la buat perjumpaan sikit dgn batch aku yg dpt asasi uia jgak ni. katanya nma je dk uia tp msa tawe je guna english. selain dari tu, semua cakap melayu je. (since semua senior aku dk kampus pj)

jadi aku dan 2 orang kawan aku je yg terkial2 taktau nk tnya sapa psl kos kitorang atau kehidupan kt gombak. jadi kitorang redha saja kalau hidup kt gombak lagi susah. masa tawe tu, kitorang duduk pj dulu. lepas tu baru pindah. tapi utk pengetahuan semua, kitorang ialah batch last yg akan stay gombak. lepas ni semua student cfs akan ke gambang. sbb pj nak tutup dan gombak pun (honestly kitorang ni bukan dialukan sgt pun kt gombak tu)

tentang studies, semua pelajar econs wajib ambik 11 subject. 7 core subject (math 1, math 2, accounting 1, accounting 2, economics, statistics, introduction to bussiness), 2 cfs requirement (thinking skill, public speaking), 2 university requirement (islamic revealed knowledge, islam and other religion in malaysia). harap maklum bahawa semua subjek ni yang student econs belajar sepanjang tempoh foundation. so, sapa dapat 2 thn, sem ni ambik subjek tu subjek ni. sapa dapat 1 thn stgh cmtu plak. 1 thn cmtu plak. so, apa yg menentukan tempoh pengajian tu ialah pencapaian ept atau apt.

uia ni lain dari yg lain. student u lain klau masa orientasi, akan ada aktiviti penat2 yg kena ragging semua tu tapi utk uia, taaruf week kitorang sgt rileks. tapi kitorang tak rileks sangat sebab ada exam. exam apa? apt dgn ept ni laa. utk tentukan tempoh foundation.

aku cerita pasal course econs jelah since aku cuma tahu pasal course aku je. utk exempted ept kena band 5.5. jadi kalau masa exam tu dpt below 5.5, kena ambik english masa foundation dan wajib capai band 5.5 tu sebelum graduate foundation. utk arab pulak kena capai band 2. tips utk yg nk exempted tu, format ept adalah sama dgn ielts. bagi aku utk exempted tu agak senang kalau tau format. utk arab pulak bagi yg ambik arab masa spm, tu satu advantage. dan utk exempted arab lagi la senang. kebanyakan pelajar sekolah agama semua exit arab, sebab utk exit tu kena achieve paling sikit 20/100 je. gampang kan? :)

experience as student kt gombak, lelaki dgn perempuan ditempatkan di satu mahallah. berbeza dengan di pj ye. di pj, satu mahallah tu ialah satu bangunan dengan beberapa blok yang dipanggil hisbah. di gombak, satu mahallah tu ada banyak bangunan dan setiap bangunan tu la yang dipanggil hisbah. lelaki ada dua hisbah, perempuan ada empat. satu mahallah ada 7 hisbah. satu hisbah lagi tu foreigner yg master ke apa aku tak pasti. tapi hisbah lelaki jugak.

bilik pulak setiap satu bilik ada 4 orang. setiap orang akan ada compartment sendiri (macam ruang sendiri). dalam compartment tu akan ada katil, meja study dgn loker. jadi kelebihan kitorang, kipas dan lampu tak payah share macam student pj. kalau nak study pun tak akan ganggu roomate sebab lampu ada di setiap compartment. dan compartment sendiri tu membolehkan kitorang boleh ada waktu bersendiri dan waktu bersosial.

kelebihan student econs ni kitorang kenal sesama sendiri sebab pegi kelas tengok muka ni, balik bilik pun muka ni, kafe pun muka ni. sebab kitorang je spesies foundation yg hidup di situ.

alang2 dah sentuh pasal kelas, aku cerita la pasal kelas pulak. kitorang ni ditempatkan di mahallah maryam iaitu mahallah yg paling hujung. jadi utk pergi ke kelas tu, lebih kurang dalam dekat 900 meter. hampir 1 km jugak ye. tapi kt sini ada sedia shuttle bus iaitu bas yg akan pusing dalam ni utk ambik student dan henti kt mna2. atas nasib ah kalau dapat naik, dapatlah. kalau x, berjalanlah. awal2 penat tapi dah lama, berjalan tu dah biasa dah. sebab tu pelajar econs sihat2. huhuhu.

sebab kelas jauh, kitorang ada kelonggaran iaitu boleh bawak motor. utk student di pj tak boleh. dan to be honest, peraturan di gombak tak strict sangat berbanding di pj. bukan sebab tak ada peraturan tapi kitorang ni yg tak berapa nak patuhi peraturan sangat. student laki ramai je pakai tshirt pergi kelas, outing tak kira masa, dan sebagainya.

kelas kitorang pulak hanya di 3 bangunan - insted (institute of education), koe (kuliyyah of engineering), kict (kuliyyah of information and communication technology). jadi kitorang boleh dikatakan menumpang la. sebab tak ada bangunan khusus utk kitorang belajar. jadi kalau kelas 3 sekaligus di lain2 tempat, memang penat kena rush sana sini. sapa kata hidup di gombak x challenging kan.

overall aku memang enjoy hidup kt gombak ni dan ura2 mengatakan kena pindah ke pj tu tak valid dah. utk batch kitorang, tak ada yg ambik 2 tahun. paling panjang pun 1 tahun setengah. sebab start tahun 2017 semua pelajar foundation wajib di gambang. jadi kitorang batch last yang akan duduk gombak. lepas ni semua student foundation akan pindah ke gambang sepenuhnya.

tu saja celoteh cik meerah utk hari ni :)


Why Not We Say Alhamdulillah?
Tuesday, 7 October 2014 | 02:02

dah lama x update blog. tapi malam ni lepas scroll facebook, aku sendiri terasa sedih. why?

suatu masa dulu aku selalu menangis. dulu mak aku x kerja dan bila dia start bukak kafe, dia banyak luangkan masa dgn kerja. aku x terasa masa awal2 tu, tp bila kakak2 tinggalkan rumah (further studies), aku terasa sedih dengan hidup aku. aku ada 2 orang adik, sorang perempuan sorang lelaki. adik perempuan aku baru darjah 6 masa tu, adik lelaki baru darjah 1. nasib baik la aku tinggal dlm maktab since ayah aku ni pensyarah. kebetulan ada sekolah kt dalam maktab, adik2 aku pergi sekolah dalam maktab je.

tapi apa yg paling sedih? bila tgk adik lelaki aku yg baru darjah 1, balik2 rumah pergi kafe, lepas makan, terpaksa main sorang2. dh xdk jiran yg sebaya dia. bayangkan ja betapa sedihnya aku tgk adik aku yg baru berapa tahun terpaksa berdikari sbb mak ayah yang payah nk bagi masa.

adik perempuan aku pulak banyak masalah. dia terlalu dimanjakan. tapi salah aku jgak. sbg kakak, aku kena bentuk dia baik2. tapi aku x berjaya. dia suka buat aku happy, tapi aku suka marah dia. kenapa? aku pun xtau.

mak ayah aku plak semakin hari semakin sibuk. kalau balik sekolah, aku call pukul 3, pukul 5.30 baru dtg ambik. majlis jaya waris aku pun x pernah sekali pun mak ayah aku tunjukkan keikhlasan nk mai. bila bagi surat, ada katering sana sini. bila aku dapat result, aku selalu beria-ia nk tunjuk dkt mak ayah aku. ada sekali masa majlis jaya waris, pengetua bentang slide pasal calon2 pelajar cemerlang. aku tercalon, tapi apa makna kalau aku tercalon bila mak ayah aku x prnh tau pun apa yg aku dpt slama ni? aku tgk kwn2 aku. mak ayah dpa smua tengok result dpa. aku pandang result aku. aku dah usaha sampai dpt sebanyak ni. sebab apa mak ayah orang lain boleh mai walaupun anak2 dpa x tercalon sbg pelajar cemerlang pun? aku lari ke belakang dewan. aku menangis ja msa tu. start drpd tu, aku selalu salahkan mak ayah aku.

kenapa aku kena lalui semua ni? aku dahlah nk exam apa semua. tambah2 lagi aku bukan ada kawan baik. aku x prnh percaya kt sapa2 dlm dunia ni kecuali family aku.

satu hari, masa aku tgh ajar kawan aku subjek apa aku pun lupa, kawan aku cakap 'hang untung sgt tau meerah. adik beradik hang semua pandai2. aku jeles dgn hang'. aku terkedu masa tu. selama ni aku yg jeles dgn dia. result dia boleh la cukup2 makan tapi setiap kali perjumpaan ibu bapa, dua2 mak ayah dia mai. dia ada semuanya tapi dia jeles dgn aku? so, aku mula terfikir kenapa aku kena salahkan mak ayah aku?

aku mula fikir apa kebaikan mak aku kerja sepanjang masa sampai lupa anak2 (dlm pandangan aku sebelum ni). kakak aku belajar kt mesir dan dia x dpt biasiswa pun. semuanya ayah aku yg kena bayar. rupanya mak aku kerja utk tanggung aku sbb ayah aku kerja utk tanggung kakak aku. masa aku dpt tau tu, aku terkedu sekali lagi. besarnya dunia sampai aku tak nampak pun pengorbanan mak aku selama ni.

aku mula ubah diri lepas tu. aku ubah perangai aku jadi anak dan kakak yg open-minded. bila mak aku datang sekolah ambik aku lewat, mak aku mesti akan cerita kenapa dia lewat. tapi aku akan senyum je atau aku x tunjuk reaksi yg aku penat pun. kalau mak aku x mengeluh jaga aku selama ni, kenapa aku nk mengeluh bila kena tunggu beberapa jam ja?

kt umh plak, bila adik lelaki aku balik, aku akan layan dia. bagi orang lain, aku akan nampak x matang bila aku yg dh besar ni main kejar2 dgn bdk2. mcm bdk2 lain, adik aku suka cerita apa yg jadi kt sekolah dia. walaupun aku penat, aku cuba layan dia. adik perempuan aku plak ayah aku dh hantar pergi sekolah agama swasta. tapi aku semakin rapat dgn dia. sbb aku boleh jadi kakak yg baik, cuma aku x pernah try sebelum ni.

dari saat ni, tariklah nafas, dan mula sebut Alhamdulillah. apa yg kita ada tu dah cukup sbb Allah akan beri apa yg kita perlu bukan apa yg kita hendak :)


|