// The Diary
Homepage Me Tutorials Affiliates

Tuan Tanah


Ameerah Tasleem binti Ahmad Rahimi
19 years old
Dream to be young always >.<
Be nice and don't mess up with me
Wanna be a responsible daughter and zaujah :)


Salam Perkenalan


Press once only
Exchange links are accepted :)
Do leave your link
No anons
Ads are prohibited
No harsh words


Credits

Template & Skin by : Husnaa
Credit also to : Wani | WHI | C4U | Una | Iqa | Lyene | Tieqa

Them

Econs CFSIIUM
Wednesday 21 October 2015 | 12:53

akhirnya lepas setahun menyepi, aku teringin buat entry baru. bukan sebab sibuk sangat tapi sebab malas. hewhew

so entry kali ni just nak share pasal studies aku di UIA. aku ialah pelajar econs. jadi aku ni kira beruntung jugak la sebab dk kampus gombak even cfs. since aku baru je satu sem dk situ, byk benda lagi aku taktau.

CFSIIUM tu singkatan utk Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia. since aku dari sekolah agama, so ramai la kawan dari sekolah aku yg dpt situ jugak. sbb kalau pernah duduk sekolah agama, mesti nak kekal duduk kawasan yg agama gitu. so, sebelum masuk tu senior aku ada la buat perjumpaan sikit dgn batch aku yg dpt asasi uia jgak ni. katanya nma je dk uia tp msa tawe je guna english. selain dari tu, semua cakap melayu je. (since semua senior aku dk kampus pj)

jadi aku dan 2 orang kawan aku je yg terkial2 taktau nk tnya sapa psl kos kitorang atau kehidupan kt gombak. jadi kitorang redha saja kalau hidup kt gombak lagi susah. masa tawe tu, kitorang duduk pj dulu. lepas tu baru pindah. tapi utk pengetahuan semua, kitorang ialah batch last yg akan stay gombak. lepas ni semua student cfs akan ke gambang. sbb pj nak tutup dan gombak pun (honestly kitorang ni bukan dialukan sgt pun kt gombak tu)

tentang studies, semua pelajar econs wajib ambik 11 subject. 7 core subject (math 1, math 2, accounting 1, accounting 2, economics, statistics, introduction to bussiness), 2 cfs requirement (thinking skill, public speaking), 2 university requirement (islamic revealed knowledge, islam and other religion in malaysia). harap maklum bahawa semua subjek ni yang student econs belajar sepanjang tempoh foundation. so, sapa dapat 2 thn, sem ni ambik subjek tu subjek ni. sapa dapat 1 thn stgh cmtu plak. 1 thn cmtu plak. so, apa yg menentukan tempoh pengajian tu ialah pencapaian ept atau apt.

uia ni lain dari yg lain. student u lain klau masa orientasi, akan ada aktiviti penat2 yg kena ragging semua tu tapi utk uia, taaruf week kitorang sgt rileks. tapi kitorang tak rileks sangat sebab ada exam. exam apa? apt dgn ept ni laa. utk tentukan tempoh foundation.

aku cerita pasal course econs jelah since aku cuma tahu pasal course aku je. utk exempted ept kena band 5.5. jadi kalau masa exam tu dpt below 5.5, kena ambik english masa foundation dan wajib capai band 5.5 tu sebelum graduate foundation. utk arab pulak kena capai band 2. tips utk yg nk exempted tu, format ept adalah sama dgn ielts. bagi aku utk exempted tu agak senang kalau tau format. utk arab pulak bagi yg ambik arab masa spm, tu satu advantage. dan utk exempted arab lagi la senang. kebanyakan pelajar sekolah agama semua exit arab, sebab utk exit tu kena achieve paling sikit 20/100 je. gampang kan? :)

experience as student kt gombak, lelaki dgn perempuan ditempatkan di satu mahallah. berbeza dengan di pj ye. di pj, satu mahallah tu ialah satu bangunan dengan beberapa blok yang dipanggil hisbah. di gombak, satu mahallah tu ada banyak bangunan dan setiap bangunan tu la yang dipanggil hisbah. lelaki ada dua hisbah, perempuan ada empat. satu mahallah ada 7 hisbah. satu hisbah lagi tu foreigner yg master ke apa aku tak pasti. tapi hisbah lelaki jugak.

bilik pulak setiap satu bilik ada 4 orang. setiap orang akan ada compartment sendiri (macam ruang sendiri). dalam compartment tu akan ada katil, meja study dgn loker. jadi kelebihan kitorang, kipas dan lampu tak payah share macam student pj. kalau nak study pun tak akan ganggu roomate sebab lampu ada di setiap compartment. dan compartment sendiri tu membolehkan kitorang boleh ada waktu bersendiri dan waktu bersosial.

kelebihan student econs ni kitorang kenal sesama sendiri sebab pegi kelas tengok muka ni, balik bilik pun muka ni, kafe pun muka ni. sebab kitorang je spesies foundation yg hidup di situ.

alang2 dah sentuh pasal kelas, aku cerita la pasal kelas pulak. kitorang ni ditempatkan di mahallah maryam iaitu mahallah yg paling hujung. jadi utk pergi ke kelas tu, lebih kurang dalam dekat 900 meter. hampir 1 km jugak ye. tapi kt sini ada sedia shuttle bus iaitu bas yg akan pusing dalam ni utk ambik student dan henti kt mna2. atas nasib ah kalau dapat naik, dapatlah. kalau x, berjalanlah. awal2 penat tapi dah lama, berjalan tu dah biasa dah. sebab tu pelajar econs sihat2. huhuhu.

sebab kelas jauh, kitorang ada kelonggaran iaitu boleh bawak motor. utk student di pj tak boleh. dan to be honest, peraturan di gombak tak strict sangat berbanding di pj. bukan sebab tak ada peraturan tapi kitorang ni yg tak berapa nak patuhi peraturan sangat. student laki ramai je pakai tshirt pergi kelas, outing tak kira masa, dan sebagainya.

kelas kitorang pulak hanya di 3 bangunan - insted (institute of education), koe (kuliyyah of engineering), kict (kuliyyah of information and communication technology). jadi kitorang boleh dikatakan menumpang la. sebab tak ada bangunan khusus utk kitorang belajar. jadi kalau kelas 3 sekaligus di lain2 tempat, memang penat kena rush sana sini. sapa kata hidup di gombak x challenging kan.

overall aku memang enjoy hidup kt gombak ni dan ura2 mengatakan kena pindah ke pj tu tak valid dah. utk batch kitorang, tak ada yg ambik 2 tahun. paling panjang pun 1 tahun setengah. sebab start tahun 2017 semua pelajar foundation wajib di gambang. jadi kitorang batch last yang akan duduk gombak. lepas ni semua student foundation akan pindah ke gambang sepenuhnya.

tu saja celoteh cik meerah utk hari ni :)


|